BoBoiBoy: The Movie (2015)

Filem animasi ini mengisahkan sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot untuk menggunakannya mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa

Cicakman 3 (2015)

Dalam "Cicakman 3", Zizan menggantikan Saiful Apek sebagai adiwira siri filem ini. Kali ini, terdapat seorang adiwira baru bergelar 'SuperBro' di bandar Metrofulus dan Cicakman terpaksa bersaing dengan adiwira baru itu.

Jengka (2015)

Filem seram berdasarkan kisah benar ini mengisahkan tentang Nina yang keguguran semasa melarikan diri di ladang kelapa sawit. Namun sesuatu terjadi apabila bayinya dikatakan masih hidup dan dilarikan oleh penunggu

Rembat (2015)

Filem ini mengisahkan tentang dua orang lelaki bernama Chin Chye dan Malik. Kedua-dua mereka mempunyai latar belakang yang berbeza dan juga cita-cita yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia

Pilot Cafe (2015)

Filem romantik ini mengisahkan satu lembaran cinta telah mula berputik dan kehidupan ini bermula di mana-mana tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. Dia bertemu Ameer, lelaki yang hanya tau menodai cinta.

Showing posts with label Ongoing. Show all posts
Showing posts with label Ongoing. Show all posts

Thursday, 14 September 2017

Titian Cinta (2017)


Nantikan drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yang akan megisi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Akan mula ditayangkan mulai 12 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : TITIAN CINTA 
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofia
Daler Yusuf sebagai Rayyan
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi
Dottie sebagai Sakeena
Adam Shadan sebagai Fahmi
Feiyna Taj sebagai Farah

LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act



SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

tag : free watch tonton download drama Titian Cinta (2017) tv3 full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar online

Wednesday, 6 September 2017

Duda Pujaan Dara (2017)


Nantikan drama bersiri adaptasi novel Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson dan Rania. Drama terbitan produksi Suhan Movies & Trading arahan Jamal Khan. Akan menemui penonton bermula 4 September 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

JUDUL : DUDA PUJAAN DARA 
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGANN : 4 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Isyariana, Nazierah Amin, Aprena Manrose, Kuna Muzani, Rahim Jelani, Betty Banafe, Zazly Baginda, Farisha Irwayu, Syafiq Nazri, Jasmine Ashraff, Nurul Hijanah, Rozilawati, Ahmad Zulhilmi

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

WATAK PELAKON 
Kamal Adli sebagai Tengku Razeen
Zahirah Macwilson as sebagai Ainee Marwah
Rania Humairah sebagai Tengku Rafanda
Aprena Manrose sebagai Dora
Isyariana sebagai Airis
Nazierah Amin sebagai Amyza
Kuna Muzani sebagai Puan Najla
Zazly Baginda sebgai Haji Omar
Betty Banafe sebagai Tengku Wilma
Farisha Irwayu sebagai Hajah Zauyah
Syafiq Nazri sebagai Afef Zaqwan
Rahim Jelani sebagai Tengku Aminuddin
Jasmine Ashraff sebagai Zulfah 

LAGU TEMA / OST DUDA DUDA PUJAAN DARA
Tajuk : Tak Malu
Penyanyi : Farisha Irish

SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA
Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” - Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” - Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? - Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

tag : free watch tonton download drama Duda Pujaan Dara (2017) full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar online

Tuesday, 5 September 2017

Girlfriend Aku Dari Neraka the Series


Nantikan sambungan cerita Girlfriend Aku Dari Neraka yang akan muncul secara bersiri di saluran Astro Warna. Drama bersiri arahan Dira Abu Zahar ini dilakonkan oleh Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahora, Ungku Hariz dan ramai lai. Akan ditayangkan bermula 30 Ogos ini, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna 132 & Warna HD 124. 

JUDUL : GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA THE SERIES
EPISOD : 18 episod 
TARIKH TAYANGAN : 30 Ogos 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam 
SIARAN : Astro Warna 132 & Warna HD 124
PENGARAH : Dira Abu Zahar 
TERBITAN : Hyper Picture Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahora, Ungku Hariz, Nad Zainal, Afi AF

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25

WATAK PELAKON 
Aiman Hakim sebagai Rudi
Sharifah Sakinah sebagai Lidya 
Ungku Hariz sebagai Mamat 
Sharifah Shahora sebagai 

SINOPSIS GIRLFRIEND AKU DARI NERAKA THE SERIES
Kisah mengenai seorang jejaka bernama Rudi, yang merupakan seorang 'player' dan sering kali bertukar teman wanita. Dia kemudian telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang diidamkan.

tag : free watch tonton download drama Girlfriend Aku Dari Neraka the Series full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar online

Perempuan Paling Bahagia (2017)


Nantikan drama Perempuan Paling Bahagia adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang bakal mengisi slot Raihana di saluran Astro Oasis. Menampilkan gandingan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. Diarahkan oleh Jamal Khan diabwah terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 4 September ini, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis & Maya HD.

JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
TARIKH / MASA : September 2017
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Syafiq Sahli, Uqasha Aenrose, Amir Nafis, Shahera Manrose, Ryzal Jaafar, Zowa Zahari, Zulkifli Ismail, Idris Mad Diah, Rosnah Johari

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

WATAK PELAKON 
Zahiril Adzim sebagai Rafa
Shera Aiyob sebagai Arissa
Luqman Hafidz sebagai Rafi
Sara Ali sebagai Mia/Nia
Ako Mustapha sebagai Dato Rafail
Liza Abdullah sebagai Datin Zarina
Shahera Manrose sebagai Murni
Syafiq Sahli sebagai Syukri
Amir Nafis sebagai Dollah
Uqasha Senrose sebagai Maya
Zowa Zahari sebagai Hafiz
Ryzal Jaafar sebagai Zafran
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Asyraf

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Menahan Rindu
Penyanyi : Wany Hasrita

SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

tag : free watch tonton download drama Perempuan Paling Bahagia (2017) full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar online

Monday, 7 August 2017

Jenaka Kampung Kalut Musim 3 (2017)

Jenaka Kampung Kalut (JKK) - Sitkom komedi terbaru kembali dengan musim ketiga, JKK kini lebih lucu dan padat dengan komedi yang tidak kering gusi. JKK akan membincangkan isu-isu dan permasalahan yang berlaku dalam kampung tersebut. Setiap isu akan dibincangkan menerusi jawatankuasa kampung.

SITKOM : JENAKA KAMPUNG KALUT | J.K.K MUSIM 3
HARI / MASA : Setiap Ahad, 10.30 malam 
SIARAN : TV3
SKRIP : kama Hj Azmi, Haizren Mohd Isa
PENGARAH : Haizren Mohd Esa 
PELAKON : Ebby Yus, Ropie, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham, Sariyanti
PELAKON UNDANGAN : Yumi Kato, Atu Zero, Jasmin Hamid, Shiha Zikir, Saiful Apek, Zila Bakarin, Kamarool Hj Yusoff, Ilya Senario, Shuhanty Hanafiah, Dynas Mokhtar, Ajak Shiro, Sweet Qismina, Fadzilah Kamsah, Ronnie Hussein, Jiggy Masin, Radhi OAG

WATAK PELAKON 
Ebby Yus sebagai Pak Din
Ropie sebagai Pak Kodi
Jep Sepahtu sebagai Ucop
Issey Fazlisham sebagai Bijan
Sariyanti sebagai Milah

tag : free watch tonton download drama JKK Jenaka Kampung Kalut Musim 3 (2017) full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload

Sunday, 6 August 2017

Khabar Dari Casablanca (2017)

Drama bersiri Khabar Dari Casablanca bakal menampilkan gandingan Remy Ishak dan Uqasha Senrose. Drama sebanyak 26 episod itu diarahkan oleh Feroz Kadir. Bakal bersiaran mulai 2 Ogos ini, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 8.30 malam di TV2. 

JUDUL : KHABAR DARI CASABLANCA
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 2 Ogos 2017
HARO / MASA : Selasa-Khamis, 8.30 malam
SIARAN : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
SKRIP : Zarihah Hassan & Norhan
IDEA ASAL : Basree Rakijan
PENGARAH : Feroz Kadir
TERBITAN : Uno Media Production
PELAKON : Remy Ishak, Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri, Riz Amin, Disha, Intan Najuwa, Aida Khalida, Ahmad Fauzi, Manan Sulaiman, Yan Ibrahim, Shafiq Sumari

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Farhan
Uqasha Senrose sebagai Nadia
Sasqia Dahuri sebagai Filzah
Riz Amin sebagai Amir
Intan najuwa sebagai Sharina
Kwazi Disha sebagai Karima
Aida Khalida sebagai Datin Amnah 

SINOPSIS KHABAR DARI CASABLANCA
Kisah pasangan suami isteri, Farhan dan Nadia yang menetap di Casablanca, Maghribi. Disana Farhan bekerja sebagai juruterbang. Mereka kemudiannya mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsikan dengan keluarga masing-masing di Malaysia iaitu En.Zul dan Zaleha, keluarga Farhan dan Datuk Iskandar dan Datin Amnah, keluarga Nadia.

Farhan terkejut bila Nadia memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan Farhan tanpa rela terpaksa mengizinkannya. Ia pastinya berita baik bagi Filzah yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan untuk membalas dendam terhadap Nadia walaupun dia telah berkahwin dengan Amir dan memiliki anak bernama Edham. Lakonan Filzah pura-pura berbaik-baik dengan Nadia menjadi hingga Nadia tidak perasan sedikit pun niat jahatnya.

Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluarganya dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat rebut pasir. Nadia menyalahkan diri sendiri kerana meninggalkan Farhan di Casablanca dan fikirannya mulai terganggu. Apatahlagi bila Nadia menggunakan kesempatan yang ada menambah tekanan perasaannya.

Keadaan Nadia makin bercelaru dan dia beranggapan Farhan masih hidup. Keluarganya risau apatahlagi mengenangkan Nadia yang sedang berbadan dua. Nadia mula mengirim email kepada Farhan setiap hari dan menantikan balasan email suaminya itu. Keluarga merancang mengubati tekanan perasaan Nadia membawanya berjumpa pakar psikiatri. Sementara itu Filzah mula melagakan Nadia dengan adik iparnya, Sharina.

Mereka kemudiannya mendapat perkhabaran terkini bahawa Farhan terselamat dalam kemalangan pesawat terhempas. Dia diselamatkan oleh penduduk tempatan bernama Umar. Namun Farhan hilang ingatan. Dia kemudiannya meneruskan kehidupan sebagai ‘Khabar’ dan berkerja sebagai pemandu pelancong. Dengan identiti barunya itu dia mengenali Karima dan mereka kemudiannya berkahwin.

Nadia pula gembira menerima balasan email daripada suaminya tanpa menyedari itu muslihat Filzah untuk membalas dendam terhadapnya. Nadia menerima tekanan hebat bila suaminya itu tidak muncul seperti dijanjikan dalam email. Dia jatuh pengsan dan disahkan keguguran.

Dengan bantuan seorang wartawan, Khabar dibawa pulang ke Malaysia dan keluarganya mahu ujian DNA dilakukan ke atasnya bagi membuktikan mereka individu yang sama. Keputusan dikeluarkan hakikat itu diterima walaupun memeritkan.

Sementara itu Khabar yang pulang semula ke Morocco kemalangan dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Dia kembali ingat identiti dirinya sebagai Farhan. Ini menimbulkan kesedihan pada Karima kerana suaminya itu pasti ingin kembali kepada Nadia.

Farhan pulang ke Malaysia bersama Karima ingin menemui Nadia. Nadia kecewa mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain menerusi gambar disebarkan oleh Filzah. Malah menambah luka di hati Nadia bila Filzah juga menghebohkan Karima hamil. Karima mengambil keputusan pulang ke Casablanca dan melahirkan anak di sana. Dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Farhan dan Nadia. Farhan yang mulanya menentang terpaksa akur dengan permintaan Karima.

Pergerakan Filzah dicurigai Amir dan mula menyiasat ‘kejahatan’ dilakukan isterinya itu. Kemuncaknya bila kesilapan dilakukan Filzah untuk meracuni Nadia telah terkena pada Edham menyebabkan Edham disahkan mengalami terencat akal kerana ubat yang ingin diberikan Filzah kepada Nadia. Terkejut dengan kenyataan itu Filzah pula mengidap sakit jiwa kerana rasa bersalah terhadap anaknya.

Nadia yang sedar kesilapannya mengajak Farhan ke Casablanca melawat Karima yang sudah mahu melahirkan. Namun apakah kesudahannya? Adakah mereka akan bahagia hidup bermadu atau salah seorang daripada mereka berkorban demi kebahagiaan Farhan?

tag : free watch tonton download drama Khabar Dari Casablanca (2017) full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar

Wednesday, 2 August 2017

Drama Dendam Aurora

Nantikan drama bersiri Dendam Aurora adaptasi daripada telenovela Itali berjudul Tuscan Passion. Diterajui oleh Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz. Turut membintangi drama ini termasuklah Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Fezrul Khan, Aedy Ashraff dan ramai lagi. Drama sebanyak 100 episod ini diarahkan oleh sutradara Feroz Kader dan Riza Baharudin. Akan menemui para penonton menerusi slot Tiara mulai 25 Julai 2017, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135. Turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go.

JUDUL : DENDAM AURORA
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 104 & Maya HD 135
SKRIP : Adzim Shahbudin
PENGARAH : Feroz Kader/ Muhd Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim, Yuzz Murai

WATAK PELAKON 
Nabila Huda sebagai Aurora Abdullah
Ungku Ismail Aziz sebagai Harris Hamzah
Anzalna Nasir sebagai Putri Adrina Engku Azhar
Shah Iskandar sebagai Haikal Hamzah
Dian P Ramlee sebagai Octavia Milner
Dato’ Eizlan Yusof sebagai Engku Azhar
Tony Eusoff sebagai Dato’ Hamzah
Fezrul Khan sebagai Hakim Hamzah
Aedy Ashraff sebagai Hadi Hamzah
Octavia Manrose sebagai Hanna Hamzah
Emilie Haniff sebagai Marzia Abdullah
Mia Nasir sebagai Nissa Abdullah
Zila Bakarin sebagai Lydia
Adam Lee sebagai Rizal
Nikki Palikat sebagai Laura
Dato' Sri Raja Rezza Shah sebagai Firdaus
Marissa Yasmin sebagai Hawa
Alex Yank sebagai Adnan
Chew Kin Wah sebagai Michael
Sharifah Shahora sebagai Angela
Zuraini Kassim sebagai Tuan Bakar
Hafiz Halim sebagai Affendi
Yuzz Murai sebagai Razman

LAGU TEMA 
Tajuk : Nisan Cinta 
Penyanyi : Siti Nordiana & Jaclyn Victor

SINOPSIS DENDAM AURORA 
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

tag : free watch tonton download drama Dendam Aurora full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir arai HD openload kbergetar
Powered by Mitsuoka Widget