Wednesday 5 July 2017

Mencintaimu Mr Photographer

Terbaru terbitan MIG Productions Sdn Bhd, drama Mencintaimu Mr Photographer. Drama adaptasi dari novel karya Emma Mariam ini diarahahkan oleh Eyra Rahman. Akan mula ditayangkan pada 3 Julai nanti di Astro Ria dan HD selepas tamatnya Hero Seorang Cinderella.

Para Pelakon
Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Hairie Othman, Elvina Chua, Ikmal Amry.

Sinopsis Mencintaimu Mr Photographer
Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?kepalabergetar

Nantikan drama Mencintaimu Mr Photographer ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
tag : free watch tonton download drama Mencintaimu Mr Photographer full episod malay torrent streaming kepala bergetar pencuri movie tapaw sub dfm2u geng movie bukan cincai kb kberputar episode akhir
Powered by Mitsuoka Widget